Penyanyi popular, Jay Jay dilaporkan mengalami angin ahmar selepas pembedahan pintasan jantung, baru-baru ini.

Berita tersebut dikongsikan isterinya, Zaitoon tentang keadaan suaminya, dia juga memaklumkan Jay Jay tidak boleh menggerakkan tangan dan kaki kanannya seperti biasa selepas sedar dari pembedahan.
Advertisement
Selepas pembedahan tersebut, dia akan menjalani rawatan fisioterapi bagi mendapatkan perkembangan kesihatannya.
“Alhamdulillah, pembedahan pintasan jantung selama empat jam itu lancar dan berjaya. Suami juga sudah sedar selepas sembilan jam kemudian.
“Dia sihat, cuma tangan dan kaki kanannya tidak dapat bergerak seperti biasa. Namun, dia dapat rasa apabila kita genggam dan memicit kaki dan tangannya itu.
“Menurut doktor, selepas buat pemeriksaan melalui CT Scan (imbasan tomografi berkomputer) mendapati di kepalanya ada sesuatu yang mengganggu saraf di dalam fungsi otak. Namun, itu hanya bersifat sementara dan tidak serius,” katanya.
Tambahnya, Zaitoon bersyukur Jay Jay juga sudah boleh menerima pelawat ketika ini.
Antara yang melawatnya ialah Datuk M Nasir, S Amin Shahab, Datuk DJ Dave, Datuk Freddie Fernandez, Rozita Rohaizad dan ramai lagi.
Sumber: Harian Metro