Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Guna Ayat ‘Jakun’, Izara Aishah Dilabel Tak Hormat Suku Kaum Orang Asli

Pelakon, Izara Aishah dikecam warganet apabila dia didakwa menghina suku kaum Orang Asli menggunakan perkataan jakun.

guna ayat ‘jakun’, izara aishah dilabel tak hormat suku kaum orang asli

Dia akhirnya tampil mempertahankan diri menegaskan terma tersebut digunakan bagi menunjukkan ekspresi terhadap sesuatu perkara.

Advertisement

Berusia 31 tahun, pelakon itu juga memaklumkan dia bersedia untuk tidak akan menggunakan lagi perkataan tersebut walaupun telah diguna pakai oleh banyak pihak lain sebelum ini.

“Ayat digunakan tiada kena mengena (kutuk Orang Asli). Perkataan tersebut merupakan ekspresi.

guna ayat ‘jakun’, izara aishah dilabel tak hormat suku kaum orang asli

“Beritahu saya sekiranya tidak boleh diguna pakai lagi kerana selama ini masih ramai lagi orang yang menggunakan perkataan tersebut untuk ekspresi dalam memberi pandangan.

“Ada orang kata ‘jakun’ berenti seronok dan bagi saya kedua-duanya sama maksud. Ramai yang tidak tahu, jadi sila kongsi,” katanya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik