Pempengaruh media sosial, Alif Teega berkongsi aktiviti seharian bagai tiada apa-apa yang berlaku selepas berita isterinya, Aisyah Hijanah memfailkan permohonan perceraian hangat diperkatakan.

Malah, dia juga dilihat lebih selesa tidak mengulas isu peribadi dalam laman sosialnya dan hanya tertumpu kepada perkembangan bisnes selain tugas menguruskan anak-anak.
Advertisement
Menerusi Insta Story, Alif dilihat sibuk mendandan seorang anaknya sambil bertanya kepada netizen mengenai kaedah atau produk yang bagus untuk meluruskan rambut kerinting.
Tambahnya, dia turut berkongsi persiapan pembukaan butik baharunya yang difahamkan di Bangi.
Terdahulu, isterinya Aisyah Hijanah Azhari memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Selangor sekitar Ogos lalu.
Berusia 26 tahun, dia enggan berkongsi lebih lanjut mengenai punca berbuat demikian ketika hubungannya dengan suami tampak bahagia.
Sumber: Kosmo Online