Pelakon, Datin Intan Najuwa meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir individu yang suka tawar-menawar pada harga murah dalam urusan jual beli makanan.

Berusia 27 tahun, dia berasa simpati dengan nasib peniaga yang berpenat lelah menyediakan makanan namun dikritik meletakkan harga mahal.
Advertisement
“Jenis nak murah tetapi makan mahu sedap malas masak sendiri. Kemudian merungut orang jual mahal. Kasihan, mereka berniaga dan barang mentah itu semua modal. Semua pakai duit bukan daun.
“Dengan penat memasak, membungkus dan pembantu lagi. Semua gunakan kos manakala pelanggan tahu nak murah sahaja.
“Zaman sudah 2024, semua barang harga naik. Kasihan tengok peniaga kecil-kecilan bersusah payah meniaga makan dan lepas itu ada pula jenis (pelanggan) nak merungut sahaja,” katanya.
Malah, dia juga memberikan nasihat supaya pembeli menyediakan makanan sendiri sekiranya merasakan makanan luar lebih mahal.
Elak untuk mengeluh dan memarahi sesetengah peniaga yang mahu mencari rezeki serta meletakkan sesuatu harga makanan tersebut untuk dijual.
“Senang sahaja, kalau nak murah masak sendiri. Tidak perlu beli.
“Kalau rasa mahal, tidak perlu beli dan merungut sebab masing-masing ada pilihan.
“Masak tidak mahu, malas. Selepas itu beli mahal sikit merungut. Ramai ya orang begitu,” jelasnya lagi.
Sumber: Kosmo Online