Ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza mendakwa telah menyatakan hasrat untuk bermenantukan pelakon Ruhainies.

Dia yang kini kembali aktif di media sosial telah memberikan komen tentang apa yang berlaku kepada anak kesayangannya Aliff Aziz.
Advertisement
Kemelut rumah tangga anaknya Aliff Aziz dan Bella Astillah sudah pun selesai proses perceraian di mahkamah.
Dengan Bella Astillah menyatakan bahawa dia selepas ini tidak mahu untuk terlalu mencintai seseorang dengan terlalu mendalam, setelah apa yang menimpa dirinya.
Namun, ibu Aliff Aziz, Siti Hafiza mengakui ada pihak mulai bertanya, adakah dia sedia untuk menerima Ruhainies sebagai menantu?
Dia bercadang untuk menerima Ruhainies dan meminta semua pihak mendoakan yang terbaik untuk anaknya Aliff Aziz yang kini dalam proses untuk bangkit setelah apa yang menimpanya.
“Bukankah jodoh, pertemuan, ajak, maut, perkahwinan, perceraian itu semua Allah yang tentukan?
“Kalau dah jodoh dah kan, dan saya tahu ramai yang mendoakannya, “ katanya.
Sumber: Vocket, MStar