Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Harith Iskander, Dr Jezamine Sudah Berpisah?

Desas-desus tentang rumah tangga pelakon dan pelawak terkenal, Harith Iskander dan isterinya Dr Jezamine Lim akhirnya ternoktah.

harith iskander, dr jezamine sudah berpisah?

Isteri kepada pelakon dan pelawak tersebut iaitu Dr Jezamine Lim mengesahkan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Advertisement

Malah, dia memaklumkan telah memfailkannya pada sekitar bulan lalu dan tidak menafikan berita terbabit.

“Betul, saya sudah memfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan dibuat, tetapi lebih kurang sebulan lalu,” katanya.

Namun, Dr Jezamine belum bersedia berkongsi butiran lanjut tentang masalah rumah tangga mereka.

“Saya tiada komen. Mungkin nanti saya akan ceritakan,” katanya.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik