Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sudah Bercerai? Hafiz Suip Selar Netizen Sebar Rumah Tangga Goyah

Penyanyi Hafiz Suip menyelar seorang pengguna laman sosial yang didakwa sengaja mencetuskan spekulasi liar tentang dirinya dan rumah tangga.

sudah bercerai? hafiz suip selar netizen sebar rumah tangga goyah

Berusia 34 tahun, dia bertindak begitu kepada individu terbabit seolah-olah mengenalinya hingga sanggup mendakwa perkahwinannya goyah.

Advertisement

“Korang tak kenal aku jadi jangan sembang macam korang kenal aku sangat.

“Ini siaran langsung aku suka hati aku la nak cakap apa. Kalau tak suka jangan tengok live aku, jangan ‘follow’ aku,” katanya.

Malah, dia juga menegaskan agar orang luar untuk tidak menyibuk hal rumah tangga mahupun peribadi orang lain.

Dia juga merasakan agak lucu dengan gosip terbaharu kononnya hubungan dengan isteri, Nureffy Jasreel berantakan gara-gara sikapnya yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik