Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Fazura Tetap Pendirian, Nekad Nak Cerai

Pelakon, Fazura tetap dengan keputusannya untuk bercerai dengan Fattah Amin demi maruah dan kesejahteraan hidup bersama anak, Nur Fatima Aisya.

fazura tetap pendirian, nekad nak cerai

Menurut perkongsian di laman Instagran miliknya, Fazura memohon orang ramai mendoakan proses perceraian dilaluinya berjalan lancar.

Advertisement

“Pada hari ini, Faz (Fazura) kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz.

“Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar. Terima kasih sekali lagi atas kata-kata semangat, sokongan dan semua doa untuk Fatima dan Faz sekeluarga,” tulisnya di kapsyen.

Malah, pelakon itu juga berterima kasih untuk mereka yang tidak putus memberi kata semangat kepadanya.

Fazura berkata, dia mengambil keputusan selepas mempertimbangkan masa depannya bersama Fatima.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik