Pelakon, Pekin Ibrahim tampil mempertahankan rakan baik Fattah Amin dan dia menyifatkan dakwaan curang yang dilemparkan Fazura itu sebagai tuduhan berat.

Berusia 42 tahun, dia mendedahkan sepanjang di set penggambaran sahabatnya itu tidak pernah menyebut mengenai wanita lain apatah lagi menjalin hubungan gelap.
Advertisement
“Kami menjalani penggambaran dalam tempoh yang lama. Tidak sekali pun saya nampak Fattah gatal atau bercerita hal wanita.
“Sampai waktu solat, dia hanya minta rehat untuk tunaikan kewajipan. Sebagai kawan aku rasa tuduhan itu berat buat beliau,” tulisnya dalam Facebook.
Malah, Pekin yang pernah mengikuti pengajian jarak jauh (PJJ) di Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama Fattah turut mendedahkan aktor terbabit kerap meluahkan perasaan rindu kepada isteri, Nur Fazura dan anaknya, Nur Fatima Aisya, 4.
“Sepanjang luangkan masa bersama, tidak sekali pun dia menunjukkan masalah pada wajahnya.
“Dia tidak sekalipun bercerita hal peribadi, hanya rindu anak dan isteri sahaja terkeluar dari mulut beliau. Jauh sekali tuduhan dia ada wanita lain,” jelasnya.
Sumber: Kosmo Online