Pelakon Fattah Amin menafikan dakwaan yang dibuat oleh bekas isterinya Fazura mengenai dirinya yang pernah curang dan tidak memberikan nafkah.

“Saya nafikan benda itu, peguam dia (Fazura) pun pernah cakap tiada kes curang kenapa tiba-tiba ada benda itu (curang),” katanya.
Advertisement
Tambahnya, semua tohmahan yang dibuat itu untuk memburukkan dirinya dan dia tidak pernah berlaku curang terhadap perkahwinan mereka.
“Saya juga ada bukti, semua itu untuk memburukkan saya,” ujarnya.
Sumber: Kosmo Online