Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Enot Didakwa ‘Buat Muka’, Bentuk Muka Nampak Berbeza

Pelakon dan pelawak Enot didakwa melakukan pembedahan wajah disebabkan perubahan drastik tubuh badannya.

enot didakwa ‘buat muka’, bentuk muka nampak berbeza

Malah, dia memberitahu perubahan bentuk mukanya berpunca daripada penurunan berat badan.

Advertisement

Berusia 45 tahun, dia memaklumkan yang dia tidak pernah menjalani sebarang proses pembedahan kosmetik untuk menjadi cantik.

“Muka saya kelihatan berubah kerana saya sudah menurunkan berat badan sedikit. Jadi sebab itu muka saya kelihatan sedikit berbeza.

“Jangan cakap saya buat pembedahan kerana saya tidak pernah meletakkan pisau (pembedahan) dekat muka. Dekat perut saja saya letak iaitu masa melahirkan anak,” katanya.

Tambahnya, dia menjawab pertanyaan seorang pengguna aplikasi TikTok dalam video siaran langsung yang mendakwa bentuk mukanya berbeza berbanding sebelum ini.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik