Kecoh di media sosial apabila pasangan suami isteri pempengaruh popular tular berhubung kes seleweng derma.

Pasangan itu direman selama empat hari di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini bagi membantu siasatan berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.
Advertisement
Malah, dua lagi lelaki yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan turut direman bagi membantu siasatan.
Perintah reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad itu dikeluarkan Majistret Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan pasangan itu masing-masing berusia 30 dan 26 tahun.
Pasangan itu dilihat tenang dan hanya tersenyum ketika pihak media yang merakam gambar mereka.
Sumber: Kosmo Online