Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Dia Memiliki Suara Yang Bagus” - Ajai Mahu Hafiz Terus Kuat

Penyanyi dan komposer tersohor, Ajai mengakui dia sekadar mahu penyanyi Awan Nano itu terus kuat.

“dia memiliki suara yang bagus” - ajai mahu hafiz terus kuat

Malah, dia juga menjelaskan ucapan dititipkan buat Hafiz Suip dalam media sosial hanya untuk memberikan semangat buat penyanyi itu.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Advertisement

Dia juga mahu Hafiz terus kuat untuk meneruskan kerjaya sebagai penyanyi kerana dia memiliki suara bagus.

“Saya titipkan kata-kata terus kuat supaya Hafiz kembali bersemangat untuk menyanyi. Hafiz ada suara emas, jadi sayang jika bakat dibiarkan begitu sahaja.

“Sebelum ini, kita tahu Hafiz seperti patah semangat menerusi kenyataan pernah dibuat dalam Tik Tok.

“Namun, Hafiz kelihatan okay ketika sesi latihan sempena Konsert By Ajai & Mega Friends, baru-baru ini. Mungkin sudah dapat kekuatan semula.

“Bagi saya, Hafiz sangat profesional. Walau apapun masalah dihadapi, dia tetap tepati masa dan tak campur adukkan soal peribadi dengan kerja,” ujarnya.

Ajai juga memberikan pujian untuk Hafiz yang sanggup terbang ke Kuala Lumpur untuk menjalani sesi latihan dan pulang semula ke Sarawak sebaik latihan selesai.

Sumber: Berita Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik