Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Datuk S Atan Kena Jangkitan Kuman Dalam Paru-Paru, Dikejarkan Ke Hospital

Komposer terkenal, Datuk S Atan dikejarkan dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan, di Kuala Lumpur, akibat jangkitan kuman dalam paru-paru pada 16 September lalu.

datuk s atan kena jangkitan kuman dalam paru-paru, dikejarkan ke hospital

Menurut isterinya, Datin Norizan Yeob berkongsi keadaan terkini suaminya dan dia bersyukur kerana suaminya berada keadaan stabil.

Advertisement

“Suami dimasukkan ke hospital tengah hari tadi akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

“Pagi tadi, suami demam dan keadaannya sangat lemah, selain mengalami batuk berpanjangan.

“Risau melihat keadaannya, anak-anak terus membawanya ke hospital. Selepas diberi ubat dan dimasukkan air, suami kelihatan lebih segar dan bersemangat.

“Keadaannya kini stabil. Cuma, belum boleh bercakap kerana menggunakan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Tambahnya, suaminya itu perlu menjalani pemeriksaan terperinci sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

“Memandangkan suami pernah ada rekod mengalami strok dan penyakit buah pinggang, jadi doktor perlu buat pemeriksaan lanjut sebelum dibenarkan pulang.

“Jadi, hari ini suami kena banyak berehat supaya segar dan tak lemah untuk menjalani prosedur esok,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik