Penyanyi Datuk Jamal Abdillah memaklumkan tidak ambil kisah dengan kecaman masyarakat apabila mengumumkan kehamilan terbaru isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28.

Berusia 65 tahun, Raja Pop ini memaklumkan dia menerima dengan terbuka hati untuk zuriat kelima bersama isterinya yang bakal dilahirkan pada awal tahun hadapan.
Advertisement
Malah, dia juga tidak menolak ia adalah kurniaan rezeki Allah yang mustahil ditolak.
“Saya sedar banyak komen-komen negatif dilemparkan terhadap saya berkenaan perkara ini. Tapi saya ambil pendekatan tidak pedulikan kata-kata mereka di media sosial.
“Tak dinafikan memang saya pernah keluarkan kenyataan tak nak tambah anak lagi lepas kehadiran anak keempat (bongsu) lebih setahun lalu.
“Kadang-kadang kita tak boleh rancang perkara seperti ini kerana semua ini ketentuan Allah dan inilah yang dinamakan rezeki,” katanya.
Tambahnya, dia juga menolak tanggapan tanggungjawabnya sebagai pengedar produk kesihatan sebagai faktor isterinya mengandung lagi.
“Itu tak berkaitan dan ini membabitkan soal kesihatan isteri. Saya serahkan kepada isteri sama ada masih sanggup untuk mengandung lagi selepas ini.
“Kami dah rujuk pada doktor pakar mengenai keselamatan isteri untuk bersalin melalui kaedah pembedahan buat kali kelima.
“Jadi kami kena fikirkan faktor keselamatan isteri apakah masih boleh mengandung lagi kerana sudah lima kali dibedah,” jelasnya.
Sumber: Harian Metro