Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dana RM188,000 Berjaya Dikumpul Ariana Grande Untuk Palestin

Penyanyi popular Amerika Syarikat (AS), Ariana Grande turut bersolidariti bersama rakyat Palestin dan mengenangkan nasib mereka di sana.

dana rm188,000 berjaya dikumpul ariana grande untuk palestin

Baru-baru ini, dia berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM188,000 untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.

Advertisement

Ia sebagai satu usahanya menggalakkan masyarakat dunia menunjukkan keprihatinan membantu penduduk Gaza yang berdepan sengsara akibat kekejaman Israel.

Tabung Bantuan Kanak-kanak Palestin itu secara tidak langsung membuktikan pengaruh bintang pop Amerika-Latin terbabit terhadap isu kemanusiaan yang tidak mengenal agama dan bangsa.

Malah, Grande juga menandatangani surat gencatan senjata untuk masyarakat Gaza yang dikenali sebagai ‘Ceasefire4Gaza’ sebelum ini.

Biarpun berbeza agama, bangsa dan negara, dia tetap menunjukkan solidaritinya dan menyatakan sokongan terhadap Palestin.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik