Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Angah Ambil Keputusan Berhenti Jadi Penyampai Radio, Pentingkan Masalah Kesihatan

Pelawak, Angah membuat keputusan mengejutkan apabila bertindak mengundurkan diri sebagai penyampai radio Sinar FM atas faktor kesihatan.

angah ambil keputusan berhenti jadi penyampai radio, pentingkan masalah kesihatan

Berusia 46 tahun, dia berkongsi yang dia terpaksa mengambil cuti akibat masalah kesihatan sekali gus bimbang membebankan rakan sekerja.

Advertisement

“Saya ambil keputusan untuk berhenti dari radio Sinar. Tidak tahu sama ada sekejap atau lama.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

“Kadang-kadang saya cuti, takut orang ingat benda main-main padahal ini mengenai kesihatan.

“Selagi tidak sihat, tidak mahu berlarutan seperti bangun pagi tiba-tiba sakit terpaksa bercuti sehingga ganggu kawan-kawan,” katanya.

Namun, Angah tidak memaklumkan perincian penuh penyakit dihidapi sehingga mengambil keputusan berhenti daripada tugas sebagai penyampai radio.

Tambahnya, dia tidak nafikan masih memerlukan pekerjaan tetapi enggan komitmen terganggu disebabkan masalah yang dihadapi.

“Saya memang nak kerja, saya tak datang bukan saja-saja tetapi fasal saya sakit,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik