Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Britney Spears Buat Pilihan Kahwin Dengan Diri Sendiri

Selebriti sensasi, Britney Spears mengejutkan semua peminatnya apabila mengumumkan tentang perkahwinan terbaharunya.

britney spears buat pilihan kahwin dengan diri sendiri

Namun, penyanyi tersebut membuat keputusan untuk berkahwin dengan diri sendiri dan menyifatkan perkara tersebut sebagai tindakan paling bijak yang pernah diambil sepanjang hidupnya.

Advertisement

“Hari di mana saya berkahwin dengan diri saya sendiri.

“Perkara ini kelihatan memalukan dan bodoh tetapi merupakan perkara yang hebat pernah saya lakukan,” tulisnya dalam hantaran Instagram.

Tambahnya, Britney dilihat mengenakan baju pengantin sutera berwarna putih lengkap menggayakan layah panjang warna senada.

Dia hanya beraksi di hadapan kamera dengan lagu Sting, Field of Gold sebagai latar muzik.

Malah, dia turut bertindak menutup ruangan pada bahagian komen Instagramnya itu bagi mengelakkan kecaman atau negatif daripada warganet.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik