Penyanyi Black Hanifah mendedahkan dia sedang bergelut dengan masalah ketumbuhan pada anak tekak.

Malah, dia sebenarnya sudah hampir setahun tidak dapat memenuhi permintaan mengadakan persembahan akibat ketiadaan suara.
Advertisement
Masalah polip atau ketumbuhan pada anak tekaknya telah mengakibatkan suaranya rosak teruk.
Dia juga mengakui ada mendapat rawatan di hospital ketika suaranya kurang menyerlah.
Selepas disahkan adanya polip, Black menjalani pembedahan pada 16 Mei lalu sebelum berehat sepenuhnya selama seminggu.
Kini, Black tidak sabar untuk kembali beraksi di atas pantas dan mahu lebih rancak memenuhi undangan pentas.
Sumber: Kosmo Online