Baru-baru ini, pelakon Fattah Amin telah berjaya menjual hampir 10,000 set kambing perap dalam tempoh tiga jam bersiaran langsung menerusi aplikasi TikTok.

Namun, dia bertindak untuk menolak komisyen jualan daging kambing perap dan wang berjumlah RM90,000 diinfakkan kepada masjid yang terpilih untuk diagihkan kepada golongan sasaran.
Advertisement
“Senarai masjid untuk infak Fattah Amin telah dikeluarkan. Sejak dari semalam, berderu panggilan masuk dan DM (mesej langsung) daripada orang ramai minta pertolongan.
“Kami berbincang ambil langkah beri kepada masjid dan masjid akan edar buat golongan asnaf dan ibu tunggal mengikut kariah,” katanya.
Menurut admin syarikat terbabit, pihak mereka tidak mengambil sedikit pun komisyen ditinggalkan pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu.
“Duit komisen tak masuk 1 sen dalam poket Pak Mat ya. Yang komen, memang nak kena cili mulut,” ujarnya.
Tambahnya, fasa pertama pengagihan dalam bentuk bantuan keperluan harian termasuk bekalan beras sudah diserahkan kepada pihak berkaitan.
Sumber: Kosmo Online