Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bahaya ‘Burnout’! Datuk Nora Dedah Badan Menggigil, Sakit Di Hospital

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin meluahkan rasa syukur apabila kini dibenarkan pulang ke rumah selepas 10 hari ditahan dalam wad sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor akibat keletihan melampau.

bahaya ‘burnout’! datuk nora dedah badan menggigil, sakit di hospital

Berusia 50 tahun, dia menjalani pemeriksaan penuh sebagai langkah berjaga-jaga dijangkiti sebarang virus atau penyakit berbahaya ketika ditahan dalam wad.

Advertisement

“Ya, saya ditahan di wad sejak Isnin minggu lalu. Saya lebih kepada penat sangat. Badan terlampau letih.

“Saya cuma risau ada jangkitan virus atau demam sebab sekarang macam-macam penyakit tetapi selepas buat pemeriksaan doktor sahkan tiada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang mahupun kanser.

“Umur saya sudah 51 tahun, usia begini memang kena berjaga-jaga dan tidak boleh ambil mudah terutama ramai berita orang sihat tiba-tiba sakit atau meninggal dunia,” katanya.

Terdahulu, dia sebelum ini dimasukkan ke wad pada 22 Julai lalu akibat jadual kerjanya padat dengan proses penghasilan lagu baharu.

“Saya pun memang perasan agak penat kebelakangan ini dengan kerja sibuk menyiapkan rakaman single terbaharu.

“Sudah lama tidak masuk studio, tiga jam berdiri agaknya badan lama tidak bekerja. Balik sahaja daripada rakaman badan saya menggigil.

“Keesokan harinya ke klinik kerana demam tidak kebah dan terus dihantar ke hospital kerana takut ada jangkitan,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik