Pelakon dan anggota kumpulan Senario, Azlee Jaafar bersyukur dapat berkongsi keadaan kesihatannya yang semakin stabil selepas melakukan prosedur peletakan sten di Institut Jantung Negara (IJN) pada 6 Jun lalu.

Namun, dia dimaklumkan sudah keluar hospital dan dinasihatkan berehat selama sebulan untuk proses kesembuhan.
Advertisement
“Keadaan saya bertambah baik selepas melakukan prosedur sten. Saya sudah keluar hospital dan berehat di rumah. Kalau nak diikutkan doktor memang tak benarkan saya pulang untuk biarkan jantung saya benar-benar pulih, tapi saya mohon keluar.
“Saya bukan tak nak duduk di hospital, tapi empat hari pun bil sudah mencecah RM40,000. Saya pula tiada insuran sebab dulu saya ada penyakit hempedu dan hati. Keluarga berkongsi duit, selain bantuan Yayasan Selangor.
“Alhamdulillah, saya dalam keadaan stabil sekarang,” katanya.
Terdahulu, Azlee ke klinik berdekatan rumahnya selepas sukar bernafas, sebelum dinasihatkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB).
Sumber: Berita Harian