Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cemas! Azira Shafinaz Tak Cukup Oksigen, Perut Kosong Tak Makan

Ahli kumpulan De Fam, Azira Shafinaz nyaris pitam selepas melakukan persembahan pada program The Hardest Singing Show (THSS), malam kelmarin.

cemas! azira shafinaz tak cukup oksigen, perut kosong tak makan

Berusia 32 tahun, dia memaklumkan dirinya dapat berasakan seluruh tubuhnya kebas selain mengalami kesukaran untuk bernafas.

Advertisement

“Di belakang tabir yang orang tak tahu, selepas temubual De Fam di belakang pentas, saya dah mula pening dan rasa macam tak cukup oksigen.

“Seluruh badan saya rasa kebas dan saya tak dapat bernafas dengan betul. Saya ingat saya dah nak pitam,” katanya.

Dalam hantaran tersebut, pelakon terbabit turut menunjukkan gambarnya sedang dirawat sekumpulan pasukan perubatan.

Tambahnya, dia berdepan detik cemas tersebut disebabkan tidak mengalas perut sebelum beraksi di pentas.

“Peringatan untuk diri sendiri, kena makan sebelum melakukan persembahan,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik