Penyanyi, Azharina Azhar berkongsi yang dia didiagnos kanser namun hanya dapat mengetahui jenis sel barah yang menyerangnya dalam tempoh dua minggu lagi.

Berusia 39 tahun, dia terpaksa menangguhkan dua pembedahan besar kerana perlu menyempurnakan beberapa tugasan yang belum selesai.
Advertisement
“Setakat ini saya belum boleh kongsikan lagi butiran lanjut kerana menunggu keputusan laporan perubatan yang dijangka keluar dalam tempoh terdekat.
“Sepatutnya saya menjalani pembedahan bariatrik minggu depan disebabkan masalah kesihatan yang berpunca daripada suka makan.
“Satu lagi pembedahan pula membabitkan sakit kanser, cuma kena tunggu dulu laporan perubatan,” katanya.
Malah, dia juga mengakui keadaan kesihatannya mengganggu aktiviti harian serta emosi namun sentiasa berfikiran positif.
Sumber: Kosmo Online