Penyanyi dan komposer tersohor dari India, A.R. Rahman bakal membuat kejutan dengan mengadakan sesi temu ramah eksklusif bersama peminat Malaysia.

Sesi temu ramah eksklusif ini bakal diadakan dengan kapasiti seramai 1,000 orang peminat sahaja dalam dewan tertutup dan ia sebagai penghargaan buat kesemua peminat yang menyokongnya.
Advertisement
Ini juga sebagai permulaan untuk keterujaan bagi konsert yang bakal diadakan 27 Julai ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur jam 8 malam.
Namun, hanya 1,000 orang peminat sahaja yang boleh menghadiri sesi temu ramah eksklusif bersama AR Rahman.
Pas sesi temu ramah eksklusif itu boleh ditebus secara dalam talian di www.starplanet.com.my/ARRfanmeet pada 5 Julai 2024 jam 5 petang dan ia berdasarkan ‘First Come, First Serve’.
Setiap pemegang tiket hanya boleh menebus maksimum 2 pas sahaja untuk sesi temu ramah eksklusif itu dan hanya pemegang tiket konsert AR Rahman Live In Kuala Lumpur yang mempunyai nombor tiket yang sah sahaja boleh menebus pas tersebut.
Alami keterujaan dan pengalaman yang berbeza di sesi temu ramah eksklusif bersama AR Rahman bertempat di Star Convention Center, Menara PGRM KL pada 8 Julai 2024, 7 malam.
Kepada peminat yang belum mendapatkan tiket anda boleh dapatkan sekarang di laman sesawang www.starplanet.com.my