Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Anak-Anak Sangka Datuk Nora Hamil Rupanya….

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin meluahkan rasa syukur apabila disahkan bebas daripada sebarang penyakit kronik.

anak-anak sangka datuk nora hamil rupanya….

Berusia 51 tahun, dia juga berkongsi yang doktor menasihatinya supaya menjaga pemakanan dan elak tekanan.

Advertisement

“Selepas discaj dari hospital tempoh hari, saya membuat rawatan susulan. Saya dipantau tiga doktor pakar dan menjalani pemeriksaan menyeluruh termasuk imbasan Magnetic Resonance Imaging (MRI) dan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).

“Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Saya bersyukur sangat-sangat. Maklumlah umur sudah masuk 51 tahun, kenalah berjaga-jaga.

“Kadang-kadang bila lihat rakan seperjuangan dan sahabat yang sakit, saya pun jadi fobia dan takut. Macam-macam boleh berlaku.

“Doktor cuma pesan yang saya tak boleh 'stress'. Jantung, buah pinggang dan tekanan darah semuanya okay.

“Kalau stress, tubuh yang sihat pun akan jadi sakit. Doktor juga minta jaga pemakanan dan banyakkan minum air,” katanya

Terdahulu, penyanyi tersebut sebelum ini dimasukkan ke pusat perubatan di Kajang, Selangor pada 22 Julai lalu dan ditahan di wad selama 10 hari akibat keletihan melampau.

Malah, Nora turut berkongsi kisah lucu apabila anak-anaknya menyangka keadaan ibunya yang kurang sihat disebabkan berbadan dua.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik