Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Allahyarham Jay Jay Selamat Dikebumikan, Ramai Hadir Beri Penghormatan

Penyanyi popular era 1970-an dan bekas vokalis Carefree, Allahyarham Jay Jay telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tandang, Subang Jaya, Selangor, jam 11 pagi ini.

allahyarham jay jay selamat dikebumikan, ramai hadir beri penghormatan

Menurut isterinya, Zaitoon Wahid, dia meluahkan rasa syukur atas kehadiran ramai bagi memberi penghormatan terakhir buat arwah suaminya.

Advertisement

Malah, dia juga menyifatkan arwah merupakan insan penyayang, sangat menghormati orang lain dan begitu mengutamakan anak-anak serta keluarga.

“Arwah adalah suami dan bapa yang sangat baik. Jadi, melihatkan ramai yang datang pada hari ini mengiringi arwah ke perjalanan terakhirnya, inilah rezeki yang Allah beri di atas segala kebaikannya.

“Dia seorang yang suka senyum, bergurau dan pantang makan sebab tak ada satu makanan yang arwah tak suka. Kalau pergi mana-mana, perkara pertama akan dicari adalah tempat makan sebab dia suka makan,” katanya.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik