Usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan pengalaman dia diganggu seorang lelaki tidak dikenali yang cuba menunjukkan alat sulit kepadanya.

Berusia 37 tahun, dia memaklumkan individu dipercayai warga asing itu turut memegang pisau di tangan kiri ketika mendekati keretanya.
Advertisement
“Mohon berhati-hati, sumpah saya takut! Siapa yang pernah kena macam saya ni? (lelaki mahu buka zip tunjuk anu).
“Saya takutlah kenapa banyak sangat orang asing macam ni. Dia siap bawa pisau kat tangan kiri dia,” katanya.
Tambahnya, lebih menakutkan apabila individu terbabit meluru ke arahnya dan menyergah sewaktu dia mahu turun kenderaan dari parkir.
Sumber: Kosmo Online