Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kes Tangkap Khalwat! Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Tidak Bersalah

Isu tangkap khalwat penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies yang hangat diperkatakan akhirnya bernoktah apabila kedua-duanya didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur dakwaan berkhalwat di sebuah kondominium.

kes tangkap khalwat! aliff aziz & ruhainies mengaku tidak bersalah

Namun, mereka berdua mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz.

Advertisement

Malah, kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Bukit Bintang pukul 12.35 pagi pada 9 Mac lalu.

Menurut peguam syarie yang mewakili Aliff dan Ruhainies, Abdul Hadi Mohamad Salleh, prosiding akan dibicarakan pada 17 Oktober hadapan.

“Tadi telah berlangsungnya sebutan di hadapan hakim untuk dibacakan pertuduhan buat kali kedua.

“Sebelum ini kita ada bacakan pertuduhan di mahkamah rendah tapi mahkamah tak boleh merekodkan pengakuan.

“Jadi, pada hari ini, dibidang kuasa mahkamah tinggi, mahkamah telah membacakan pertuduhan di hadapan Ruhainies dan Aliff Azizi, mereka mengaku tidak bersalah.

“Jadi, kes ini akan dibicarakan. Jaminan RM1,500 seorang sebelum ini dilanjutkan. Prosiding bersambung 17 Oktober hadapan,” katanya.

Sumber: Media Hiburan
 

SINAR Muzik Retro Terbaik