Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Aliff Aziz, Ruhainies Berbalas Emoji ‘Sweet’

Dua pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz yang masih terpalit dengan kontroversi tangkap khalwat menarik perhatian ramai dalam media sosial.

aliff aziz, ruhainies berbalas emoji ‘sweet’

Baru-baru ini, mereka berdua dilihat menggunakan emoji yang sama iaitu burung merpati dan bentuk hati berwarna putih dalam perkongsian InstaStory masing-masing.

Advertisement

Berusia 33 tahun, Aliff Aziz juga berkongsi video persembahannya pada program All Stars Gegar Vaganza (GV10) yang disertainya tahun lalu.

Malah, dia juga berkongsi lirik lagu Penghujung Rindu nyanyian Datuk Jamal Abdillah yang turut disertakan dua emoji tersebut.

“Seribu tahun takkan sama, sesaat bersatu dalam nyata.

“Kerana kasihku sanggup korbankan jasad dan nyawa. 🤍🕊️”, tulisnya di IG Story tersebut.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik