Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dilihat kini kembali aktif menyertai aktiviti keagamaan bersama jemaah tabligh dipercayai di Singapura.

Ia kembali menjadi bahan bualan ramai apabila tular beberapa video dan fotonya yang bersama jemaah yang lain.
Advertisement
Pendakwah bebas dikenali sebagai Ustaz Taufik berkongsi beberapa foto dan video bersama Aliff yang hadir ke majlis agama.
Tambahnya, Ustaz Taufik menyeru orang ramai agar tidak mudah menghukum seseorang hanya kerana khilaf yang dilakukan pada masa lalu.
“Kalau kamu ada akal dan mata, kenapa kamu lihat dan hukum manusia hanya dengan telinga?
“Doakan yang baik-baik, fikirkan yang baik-baik dan mudah-mudahan pengakhirannya semuanya akan menjadi lebih baik,” jelasnya.
Ustaz Taufik juga berharap setiap hal dan ilmu yang dipelajari dalam majlis keagamaan tersebut menjadikan seseorang lebih baik kelak.
Sumber: Kosmo Online