Baru-baru ini, peminat muzik K-Pop pasti teruja apabila agensi YG Entertainment mengeluarkan gambar bersama keempat-empat ahli 2NE1 dengan kapsyen, “Welcome back.”

Menurut pengasas YG Entertainment, Yang Hyun Suk, dia mengungkapkan mengenai pelan-pelan agensi tersebut untuk membawa kembali kumpulan K-Pop popular 2NE1 ke atas pentas dunia.
Advertisement
Menurut jadual yang telah diumumkan, kumpulan ini akan memulakan perjalanan jelajah dunia mereka dengan konsert pertama di Seoul pada bulan Oktober ini.
Seterusnya, mereka akan melangkah ke Osaka pada bulan November dan Tokyo pada bulan Disember.
Malah, pihaknya pasti ramai peminat yang menantikan kemunculan semula mereka di atas satu pentas.
Namun, kembalinya 2NE1 bukanlah tanpa perbincangan dan spekulasi. Sebelum pengumuman rasmi ini, banyak spekulasi mengenai kemungkinan kembalinya mereka telah tersebar luas di kalangan penggemar setia mereka.
Pada hujung bulan Jun yang lalu, semua spekulasi itu menjadi kenyataan apabila gadis-gadis tersebut berjumpa dengan pihak agensi untuk membincangkan matlamat mereka dalam industri hiburan yang semakin berkembang ini.
Sumber: EH! Malaysia