
Foto: Instagram
Hubungan rapat antara pelakon, Anna Jobling dan Karel Susanteo sekali lagi mencetuskan perhatian netizen selepas aktor dari Indonesia itu berkongsi momen istimewa mereka di media sosial.
Advertisement
Karel memuat naik sekeping foto swafoto hitam putih bersama Anna menerusi Instagram miliknya dengan kapsyen pendek yang disertakan emoji hati.
“2 🩶,” tulisnya ringkas.
Ruangan komen hantaran tersebut turut menarik perhatian apabila Anna dilihat membalas kapsyen berkenaan dengan ayat manis yang mengundang senyuman peminat.
“And to many more 🐨💓,” tulis Anna.
Perkongsian itu kemudian dibanjiri pelbagai komen positif daripada pengikut mereka yang rata-ratanya teruja melihat kemesraan pasangan tersebut.
Ramai juga meluahkan rasa gembira melihat Anna bahagia selain berharap hubungan mereka terus berkekalan sehingga ke fasa seterusnya.
“Happy 2nd anniversary to both of you. I’m so happy to see your relationship growing beautifully.”
“Okay I want to be invited ya.”
“Suka tengok Anna bahagia.”
“Anna keluarin semua momen berduanya, mau lagi foto berduanya.”
“Gemes!”
“Amiiinnn,” antara komen netizen di hantaran berkenaan.
Sumber: Instagram @karelsusanteo