Skip to main content

Advertisement

Hiburan

7.5 Sudu Teh Gula Sehari, Banyak Ke Sikit Sebenarnya?

7.5 sudu teh gula sehari,  banyak ke sikit sebenarnya?

Foto Hiasan

Advertisement

Tahukah anda bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 2015) menyarankan pengambilan gula harian bagi orang dewasa tidak melebihi 10% daripada jumlah keperluan tenaga harian? Walaupun rasanya manis dan menggembirakan, pengambilan gula secara berlebihan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan jika tidak dikawal.

Bagi individu yang kurang aktif (sedentari) dengan keperluan sekitar 1,500 kalori sehari, had pengambilan gula yang disarankan ialah tidak melebihi 7.5 sudu teh sehari. Nampak sedikit, bukan? Itulah realitinya.

7.5 sudu teh gula sehari,  banyak ke sikit sebenarnya?

Had gula ini bukan hanya gula yang kita tambah sendiri, seperti gula dalam kopi atau teh, tetapi termasuk juga gula tersembunyi yang sedia ada dalam makanan dan minuman berproses.

Gula tambahan ialah ‘kalori kosong’ (empty calories) yang membekalkan tenaga tetapi tiada nutrien penting seperti vitamin, mineral atau serat yang diperlukan oleh tubuh.

Cara paling mudah untuk kawal pengambilan gula ialah dengan menghadkan 1 cawan minuman manis sahaja sehari. Pilih satu sahaja dalam sehari, contohnya:

  • Teh tarik
  • Milo
  • Kopi
  • Teh O ais limau
  • Minuman dalam tin

Bukan bermakna tidak boleh minum langsung, tetapi pilih dengan bijak dan kawal kuantiti.

Manis itu nikmat, tetapi kesihatan lebih berharga. Dengan mengawal pengambilan gula harian, anda bukan sahaja dapat mengekalkan berat badan yang sihat, malah dapat mengurangkan risiko penyakit seperti diabetes dan masalah jantung. Ingat, satu cawan sehari sudah memadai. Pilih satu, bukan semua!

SINAR Muzik Retro Terbaik