Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Ada Bisnes Atau Seorang Influencer? Anda Mesti Familiar Dengan Tarikh 30 Jun!

Jom tunaikan tanggungjawab kita!
Izza Yatim
09 Jun 2023, 04:47 PM

Artikel ini ditaja oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)

pempengaruh-product-review-cukai-perniagaanKredit: Canva; Edit: Sinar

 

Ada macam-macam cara boleh buat duit. Tak perlu kedai mahu pun jualan dari rumah ke rumah. Dari rumah sendiri pun dah boleh dapat duit beribu-ribu asalkan tahu caranya.

 

Jadi, tak hairanlah ramai yang jana pendapatan tambahan sehingga 5 angka dengan menggunakan platform media sosial seperti Facebook, TikTok, Instagram dan YouTube. Mereka ini ialah pempengaruh atau influencer.

 

 

Sesetengah yang lain pula ada barang jualan fizikal di depan mata atau ada yang jadi perantara – bertindak sebagai dropshipper. Yang ini pula adalah peniaga.

 

Kedua-dua bidang pekerjaan ini dikenakan cukai, tidak kiralah kecil atau besar perniagaan yang dijalankan.

 

Ada apa dengan 30 Jun 2023?

 

Untuk anda yang jana pendapatan dalam perniagaan atau sebagai pempengaruh, anda tentunya familiar dengan tarikh 30 Jun setiap tahun!

 

Iya, itulah tarikh akhir untuk anda selesaikan cukai perniagaan.

 

Jadi influencer pun kena bayar cukai tau!

 

@lhdnmofficial “Influencer pun kena bayar cukai” - @marc.sadique Jika anda influencer, gunakan Borang B untuk lapor pendapatan menerusi mytax.hasil.gov.my selewat-lewatnya pada 30 Jun 2023. #lhdnm #lhdn #HASiL #irbm #eduzoneHASiL #cukai #tax #MyTax #efiling #influencer #influancermalaysia #fyp #trending ♬ original sound - LHDNMofficial

 

Macam mana nak tahu kena bayar cukai ke tak?

 

Tidak kiralah anda peniaga kecil-kecilan, ada masa tiada pendapatan, ada masa sale ‘berkepuk’... Atau anda seorang pempengaruh yang buat content di TikTok, Youtube, Instagram atau Facebook termasuklah buat paid review, anda ialah pembayar cukai!

 

Jangan kata pendapatan kecil tak perlu bayar cukai ya. Sebab, untuk cukai perniagaan ni, tiada pendapatan minimum dan semua individu perlu mendaftar fail cukai pendapatan sebaik sahaja perniagaan didaftarkan atau kerjaya dimulakan.

 

 

Nak tahu pekerjaan lain yang kena bayar, boleh layari Portal Rasmi HASiL.

 

Tinggi ke cukai yang dikenakan?

 

Lebih pendapatan, lebih la cukai dikenakan. Tapi rileks, janganlah takut dengan HASiL.

 

Anda kan boleh buat potongan cukai dengan menuntut kesemua perbelanjaan perniagaan (tidak termasuk modal atau perbelanjaan persendirian) dan pelepasan cukai yang layak dituntut.

 

Macam mana nak daftar fail cukai untuk yang baru mulakan perniagaan?

Pergi je ke Portal MyTax untuk semak sama ada anda dah ada Nombor Cukai Pendapatan ke belum. Jika tiada, daftar je secara dalam talian melalui aplikasi yang sama.

@lhdnmofficial Permohonan Nombor PIN. Melalui e-KYC atau e-CP55D. #lhdnm #lhdn #HASiL #irbm #eduzoneHASiL #cukai #tax #MyTax #efiling #fyp #trending ♬ original sound - LHDNMofficial

 

Kalau dah ada, bolehlah terus lapor pendapatan menggunakan e-Filing. Macam video ni:

@lhdnmofficial Pertama Kali Lapor Cukai (Sudah Mempunyai Nombor Cukai Pendapatan). Jom follow HASiL di TikTok. #lhdnm #lhdn #HASiL #irbm #eduzoneHASiL #cukai #tax #MyTax #efiling #fyp #trending ♬ original sound - LHDNMofficial

 

Untuk peniaga dan pempengaruh, anda boleh laporkan pendapatan perniagaan menggunakan Sistem Taksir Sendiri. Tentukan pendapatan yang dikenakan cukai dan hantar borang cukai pendapatan menggunakan perkhidmatan e-Filing di Portal MyTax.

Yang nak buat bayaran cukai pula, boleh klik di ByrHASiL. Senang je kan?

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by LHDNM (@lhdnm)

Apa tunggu lagi? Jom lapor pendapatan perniagaan Tahun Taksiran 2022 anda sekarang!

Paling penting anda layari je https://mytax.hasil.gov.my, semuanya ada di sana!

Untuk peniaga dan pempengaruh, jangan lupa hantar Borang B selewat-lewatnya 30 Jun ini. Tambahan masa akan diberikan sehingga 15 Julai 2023 bagi pengguna e-Filing.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by LHDNM (@lhdnm)

 

Tidak pernah lapor cukai untuk tahun-tahun sebelum? Ini peluang anda!

 

Jika anda pembayar cukai baharu yang dah memulakan perniagaan, mempunyai pendapatan atau telah melupuskan aset dan belum pernah melaporkan pendapatan kepada HASiL? Inilah masanya untuk anda laporkan cukai.

 

Mulai sekarang sehingga 31 Mei 2024, anda boleh melaporkan pendapatan menerusi Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0. Semua kategori pembayar cukai (kecuali kategori fail majikan) layak menyertai program khas ini.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by LHDNM (@lhdnm)

 

Menariknya dengan program ini penalti yang dikenakan adalah pada kadar 0% dan semakan lanjut sama ada melalui audit atau siasatan tidak akan dilakukan terhadap tahun taksiran yang berkaitan dengan pendapatan yang dilaporkan secara sukarela.

 

Terbaik, kan?

 

Klik je Program Khas Pengakuan Sukarela 2.0 untuk maklumat lanjut tentang inisiatif ini.  

 

Apa tunggu lagi? Jom lapor dan bayar cukai pendapatan sekarang! Layari Portal Rasmi HASiL untuk info lanjut.

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.