Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kes Pemandu Mabuk Meningkat, Irfan Zaini Gesa Orang Ramai Henti Sikap Ambil Ringan - “Mereka Ada Anak Isteri Menanti di Rumah…”

Foto: Utusan Malaysia, Harian Metro

Pelakon, Irfan Zaini menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kes pemandu di bawah pengaruh alkohol yang semakin kerap mengorbankan pengguna jalan raya yang tidak bersalah.

Advertisement

Menurut pelakon berusia 31 tahun itu, orang ramai perlu lebih bertanggungjawab dengan memilih alternatif lebih selamat seperti perkhidmatan e-hailing sekiranya ingin minum.

“Saya mahu cakap satu perkara sahaja, saya rasa e-hailing sangat murah. Jadi, kalau mahu minum, minumlah tetapi tolong ambil e-hailing. Jangan menyusahkan orang lain,” katanya.

Irfan turut meluahkan rasa sedih memikirkan nasib mangsa yang menjadi korban akibat kecuaian pihak lain.

“Orang-orang yang berada di hadapan itu tidak melakukan apa-apa… mereka ada anak dan isteri di rumah yang mengharapkan kepulangan mereka,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan masyarakat agar tidak memandang ringan isu tersebut dan perlu saling bertanggungjawab dalam kalangan rakan.

“Tolong pesankan e-hailing atau bawa mereka pulang sendiri. Jangan sesekali benarkan mereka memandu. Semudah itu,” katanya.

Walaupun belum pernah berdepan pengalaman melibatkan individu terdekat, Irfan berharap tahap kesedaran masyarakat dapat dipertingkatkan supaya kejadian sama tidak terus berulang.

Beliau ditemui ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Raya Terbang. Filem arahan Chiu Keng Guan itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Diana Danielle dan Zizan Razak serta dijangka menemui penonton tahun ini.

SINAR Muzik Retro Terbaik