Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Walau Nama Terpalit Isu Abang, Jisoo BLACKPINK Tetap Bersinar Raih Pengiktirafan Rising Star Canneseries

Foto: Instagram

Kim Jisoo daripada BLACKPINK terus mencuri perhatian apabila diumum sebagai penerima Madame Figaro Rising Star di Canneseries, meskipun sedang berdepan isu berkaitan ahli keluarganya.

Advertisement

Penyanyi yang kini aktif sebagai pelakon itu hadir ke majlis pembukaan Festival Siri Antarabangsa Cannes kali ke-9 yang berlangsung di Cannes pada 23 April waktu tempatan. Penampilannya di karpet merah jambu jelas memukau apabila mengenakan gaun rona lembut yang dihiasi perincian renda metalik serta manik berkilau.

Sepanjang acara berlangsung, Jisoo kelihatan mesra melayan kehadiran peminat dengan senyuman dan lambaian tangan.

 

@gala.fr #jisoo #canneseries #blackpink #onregardequoi #sooyaaa ♬ Nobody’s Son - Sabrina Carpenter

 

 

Pada acara sama, dia diumum sebagai pemenang anugerah Madame Figaro Rising Star yang disampaikan oleh Madame Figaro. Ketika berada di atas pentas, Jisoo sempat mengucapkan “Merci beaucoup” sebagai tanda penghargaan kepada hadirin.

Kemenangan tersebut disambut dengan sorakan gemuruh, tepukan dan jeritan peminat yang memanggil namanya.

Menurut penganjur, Jisoo memiliki pengaruh besar dengan jumlah pengikut melebihi 80 juta di Instagram, selain berjaya menonjol dalam pelbagai bidang di luar muzik. 

Mereka turut menyifatkannya sebagai ikon generasi baharu yang mampu melangkaui batas industri serta sentiasa memperbaharui diri, di samping mempunyai potensi besar dalam lakonan.

Foto: Getty Images

Pengarah artistik festival itu, Albin Lewi, turut memuji keistimewaan Jisoo dengan menyatakan,

“Perjalanan seninya, keberanian meneroka wilayah kreatif baharu dan aura global yang dimiliki membuatkan kami tidak ragu-ragu memilihnya sebagai wajah anugerah ini.”

Dalam masa sama, pencapaian tersebut hadir ketika namanya turut dikaitkan dengan kontroversi membabitkan abangnya.

Sebelum ini, dakwaan berkaitan salah laku jenayah melibatkan individu itu tular di media sosial, dan situasi menjadi lebih hangat apabila namanya muncul dalam kredit produksi Boyfriend on Demand.

Foto: Getty Images

Menjawab perkara itu, wakil undang-undang syarikat BLISSOO menegaskan,

“Isu yang sedang dibangkitkan ketika ini langsung tidak ada kaitan dengan artis mahupun syarikat. Kebanyakan kandungan yang tersebar hanyalah spekulasi tidak disahkan atau maklumat yang jelas tidak benar.”

“Artis ini mula menjalani latihan sejak usia muda dan hidup berdikari sejak awal, terpisah daripada keluarga untuk tempoh yang lama, jadi dia tidak mempunyai cara untuk mengetahui atau terlibat dalam kehidupan peribadi individu tersebut, tambahnya.

Pihak agensi turut menjelaskan bahawa walaupun terdapat sedikit bantuan dan nasihat daripada keluarga ketika peringkat awal penubuhan syarikat, tiada ahli keluarga yang menerima bayaran atau terlibat dalam sebarang keputusan.

Sejak itu, operasi syarikat dijalankan sepenuhnya secara bebas tanpa campur tangan keluarga.

Sumber: Variety

SINAR Muzik Retro Terbaik