
Foto: Instagram
Walaupun hubungan cintanya bersama Sky Iskandar sudah memasuki tahun kelima, pelakon yang juga merupakan seorang model, Nia Atasha mengakui dia masih belum merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Advertisement
Menurut Nia, buat masa ini dia dan pasangannya sepakat untuk memberi tumpuan kepada kerjaya masing-masing sebelum memikirkan soal perkahwinan.
“I dengan Sky dah lima tahun. Setakat ini saya dan dia masih belum punyai perancangan untuk berkahwin, kami masih ingin fokus kepada karier masing-masing.
“So, in term of mengakhiri zaman bujang takde lagi, tapi sekiranya ada InsyaAllah kami akan beritahu sebab benda baik kan,” katanya ketika ditemui di majlis perasmian filem Kata Hati, semalam.
Dalam masa sama, Nia menyifatkan Sky sebagai seorang yang memahami tuntutan kerjayanya, sekali gus menjadi antara faktor hubungan mereka kekal bertahan sehingga kini.
“Sky sangat confident. Dia seorang yang sangat memahami kerjaya saya. Mungkin kerana itu kami bertahan lama kerana dia tahu komitmen dan tuntutan kerja saya,” ujarnya.
Berkongsi mengenai perkembangan karier, Nia menjelaskan dia lebih selesa memilih tawaran lakonan secara selektif demi menjaga kualiti kerja.
“The reason kenapa I sangat selective dalam naskhah saya adalah I think sebagai pelakon, I want to have something yang buatkan diri saya berpuas hati.
“I’m not in the rush to be a superstar, I’m not in the rush to be a big name,” katanya.
Tambahnya, setiap naskhah yang diterima perlu memberi nilai dan kepuasan kepada dirinya sebagai seorang pelakon.
“I think apa yang penting bagi saya adalah tawaran yang saya ambil adalah sesuatu yang boleh saya banggakan,” katanya lagi.
Walaupun begitu, Nia tetap terbuka untuk mencabar diri dalam pelbagai genre, termasuk hasratnya untuk meneroka genre psychological thriller.
“Saya ingin berlakon dalam genre psychological thriller. Itu adalah genre yang saya ingin explore,” jelasnya.
Tidak menolak peluang ke peringkat antarabangsa, Nia turut mendedahkan dia pernah menerima tawaran berlakon di luar negara, namun terpaksa menolaknya kerana kekangan masa.
“Actually saya ada dapat offer tapi mungkin kerana kekangan masa. Saya terbuka untuk berlakon dengan produksi di luar dari Malaysia, sekiranya naskah yang diberikan bagus serta masa juga memberi keizinan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Nia turut menjelaskan dakwaan netizen yang mengaitkannya tinggal bersama teman lelaki selepas video mereka tular di TikTok.
“Saya tak serumah pun, tapi dalam video tu memang dia ada datang rumah saya dan kami buat video TikTok bersama.
“Just to clear the air, we do not live together, kami tidak bersekedudukan pun,” tegasnya.
Menurut Nia, dia sedar akan komen negatif yang timbul, namun memilih untuk tidak melayan spekulasi tersebut.
“Saya aware dengan komen-komen negatif ini, biasalah orang kan suka jadi batu api. Tapi saya dan dia jenis yang tak kisah pun sebab ianya bukan betul pun,” katanya.