
Foto sekadar hiasan
Situasi cuti umum tahun ini menjadi perhatian kerana berlaku pertindihan antara dua cuti penting iaitu Hari Wesak dan Hari Keputeraan Yang di Pertuan Agong. Ramai tertanya tanya sama ada akan ada cuti tambahan pada hari Selasa.
Advertisement
Berikut penjelasan ringkas supaya lebih mudah difahami.
Status Cuti Yang Telah Diwartakan
Menurut Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia di bawah Kementerian Sumber Manusia, kedua dua cuti ini telah diisytiharkan secara rasmi sebagai cuti umum di Malaysia.
Namun, setiap satu mempunyai kategori dan peraturan berbeza.

Foto: Facebook
Hari Keputeraan Agong Tidak Boleh Diganti
Hari Keputeraan Yang di Pertuan Agong merupakan cuti umum wajib berbayar yang tidak boleh dipindahkan ke tarikh lain.
Walaupun ia jatuh pada hari yang sudah menjadi cuti, ia tetap kekal pada hari tersebut dan tidak boleh dialihkan.

Foto: Traveloka
Hari Wesak Boleh Diberikan Cuti Ganti
Hari Wesak pula termasuk dalam kategori cuti umum pilihan yang ditetapkan oleh majikan.
Jika majikan memilih cuti ini dan ia jatuh pada hari rehat, maka cuti tersebut perlu diganti pada hari bekerja berikutnya.
Kenapa Cuti Ganti Jadi Hari Selasa
Dalam situasi ini, Hari Wesak jatuh pada 31 Mei (Ahad) manakala Hari Keputeraan Agong jatuh pada 1 Jun (Isnin). Ahad sudah menjadi hari rehat mingguan, dan Isnin pula cuti wajib yang tidak boleh diganti.
Oleh itu, cuti gantian bagi Hari Wesak akan dibawa ke hari bekerja seterusnya iaitu 2 Jun (Selasa).

Foto sekadar hiasan
Hak Pekerja Jika Bekerja Pada Cuti Umum
Pekerja yang diarahkan bekerja pada hari cuti umum layak menerima bayaran tambahan mengikut undang undang buruh.
KESUMA memaklumkan pekerja bergaji RM4,000 ke bawah serta mereka yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 berhak menerima bayaran khas jika bekerja pada cuti umum.
Kebiasaannya, kadar bayaran adalah sekurang kurangnya dua kali ganda gaji harian biasa, tertakluk kepada polisi syarikat.
Jumlah Minimum Cuti Umum Tahunan
Secara asasnya, pekerja sektor swasta di Malaysia layak menerima sekurang kurangnya 11 hari cuti umum berbayar setiap tahun.
Daripada jumlah itu, lima hari adalah cuti wajib termasuk Hari Kebangsaan, Hari Pekerja, Hari Malaysia, Hari Keputeraan Agong dan Hari Keputeraan Raja atau Yang di Pertua Negeri mengikut negeri masing masing.