Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lisa Cipta Sejarah, Artis K-Pop Pertama Adakan Residensi di Las Vegas

Foto: Instagram

Ahli kumpulan BLACKPINK, Lalisa Manoban mencipta sejarah tersendiri apabila diumumkan sebagai artis K-pop pertama yang bakal mengadakan residensi di Las Vegas.

Advertisement

Pengumuman itu dibuat pada Isnin, 30 Mac menerusi satu hantaran di Instagram miliknya. Dalam kapsyen tersebut, Lisa menulis,

“Vegas, are you ready? VIVA LA LISA, coming November 2026❤️‍🔥,” sekali gus mengesahkan kemunculan sulungnya di kota tersebut.

Residensi bertajuk VIVA LA LISA itu dijadual berlangsung di The Colosseum at Caesars Palace bermula November 2026. Menurut kenyataan media, penyanyi dan pelakon The White Lotus itu akan mengadakan persembahan dalam jumlah terhad pada tarikh terpilih.

 

 

 

Lisa dijangka membuat persembahan selama dua hujung minggu iaitu pada 13 dan 14 November, diikuti 27 dan 28 November.

Menariknya, pentas The Colosseum di Caesars Palace bukanlah lokasi biasa. Ia terkenal sebagai venue eksklusif yang pernah menjadi lokasi residensi artis bertaraf dunia seperti Celine Dion, Mariah Carey, Adele, Rod Stewart serta Usher.

Kebiasaannya, artis yang dipilih untuk residensi di Las Vegas terdiri daripada nama besar yang mempunyai katalog lagu yang kukuh, pengaruh global serta kemampuan menarik penonton dalam tempoh panjang. Persembahan juga bukan sekadar konsert biasa, sebaliknya menampilkan produksi berskala besar, visual mewah dan konsep eksklusif yang menjadikan Las Vegas sebagai destinasi hiburan utama dunia.

Foto: Instagram

Pengumuman ini sekali gus meletakkan Lisa sebagai artis K-pop pertama yang mengadakan residensi di Las Vegas, satu pencapaian besar dalam kariernya sebagai artis solo.

Jualan awal tiket akan dibuka pada 22 April bermula jam 10 pagi waktu tempatan, manakala peminat boleh mendaftar lebih awal bermula 1 April hingga 19 April untuk mendapatkan akses pembelian. Jualan umum pula akan bermula pada 23 April.

Konsert ini menyusul selepas kejayaan album penuh sulungnya, Alter Ego yang dilancarkan pada 2025 dan berjaya menduduki tangga pertama carta Top Album Sales serta menembusi kelompok 10 teratas Billboard 200.

Dalam satu wawancara sebelum ini, Lisa mengakui pada awalnya dia berasa gementar untuk bergerak solo.

Foto: Instagram

“At first, I was scared and nervous because I never really come out here to do my own stuff. And now I’m having fun,” katanya.

Tambahnya lagi, reaksi positif daripada peminat banyak membantu meningkatkan keyakinannya.

“When (my singles) came out, the reaction from the fans, it’s healing me. It’s like, ‘Oh, my God. Yeah, I did a great job!’”

Sebagai anggota BLACKPINK yang sinonim dengan imej rapper, Lisa turut melihat peluang ini sebagai ruang untuk menonjolkan sisi lain bakatnya.

“I always rap. But now it’s a chance for me to show the world that I’m capable of (so much more),” ujarnya.

Sumber: Billboard

SINAR Muzik Retro Terbaik