Skip to main content

Advertisement

Berita

IPTA Diberi Kuasa Tentukan Kaedah PdP Sendiri Susulan Cuaca Panas Berpanjangan

Foto sekadar hiasan

Institusi pengajian tinggi awam diberi ruang untuk membuat keputusan sendiri dalam menangani situasi cuaca panas berterusan, termasuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian jika keadaan memerlukan.

Advertisement

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata setakat ini pihak kementerian tidak menerima sebarang aduan daripada universiti berkaitan keadaan cuaca, namun pendekatan fleksibel tetap diambil dengan menyerahkan keputusan kepada pengurusan institusi.

“Ini kerana keadaan (cuaca) di setiap kampus agak berbeza. Jadi, pihak pengurusan universiti boleh mengambil langkah-langkah sendiri untuk melaksanakan pembelajaran secara dalam talian,” katanya.

Menurut beliau, situasi ini bukan perkara baharu kerana sebelum ini universiti turut mengambil pendekatan sama ketika negara berdepan pandemik COVID-19 dan musim banjir.

“Sebagai contoh dahulu semasa penularan pandemik COVID-19 dan juga pada musim banjir, pihak universiti membuat keputusan (sendiri) untuk membenarkan pelajar-pelajar mengambil kursus mereka dalam talian, tetapi ia hanya melibatkan kurikulum yang tidak memerlukan kehadiran secara fizikal,” jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Sembang Santai Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Mahasiswa di Dewan Perdana, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), hari ini.

Sementara itu, MetMalaysia memaklumkan fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara dijangka berterusan sehingga awal Monsun Barat Daya sekitar Jun berikutan keadaan atmosfera yang lebih kering serta taburan hujan yang rendah.

Sumber: Bernama

SINAR Muzik Retro Terbaik