Skip to main content

Advertisement

Berita

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Mabuk di Klang

Foto: Threads

Seorang lelaki yang menunggang motosikal maut dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Raya Barat, Klang selepas dirempuh kenderaan dipandu individu dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Advertisement

Kejadian sekitar jam 11.40 pagi itu melibatkan sebuah motosikal serta dua buah kereta. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey memaklumkan, siasatan awal mendapati pemandu sebuah Honda City berusia lingkungan 20-an memandu dalam keadaan berbahaya dari arah Jalan Raya Barat menuju ke pusat bandar Klang.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah motosikal dari arah hadapan,” katanya dalam kenyataan.

Akibat pelanggaran tersebut, mangsa yang berusia sekitar 30-an tercampak sebelum terjatuh di atas sebuah kereta lain. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

 

 

Pemeriksaan lanjut terhadap suspek mendapati lelaki itu berada dalam keadaan mabuk dan turut positif dadah. Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan pihak berkuasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun, selain denda sehingga RM100,000 serta penggantungan lesen memandu.

Dalam masa sama, kes turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Walaupun keadaan masih terkawal, cabaran seperti sumber air terhad dan kesukaran akses ke lokasi kebakaran terus menjadi kekangan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes.

Sumber: Facebook Polis Klang Selatan

SINAR Muzik Retro Terbaik