Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Balik Raya ke Kelantan, Selebriti Kongsi Pengalaman Tempuh Perjalanan Panjang Sempena Aidilfitri

Foto sekadar hiasan

Menjelang Aidilfitri, ramai yang mula mengatur perjalanan pulang ke kampung halaman. Ada yang hanya mengambil masa singkat, namun bagi sesetengah individu, perjalanan boleh menjadi sangat mencabar apabila perlu mengharungi kesesakan berjam-jam lamanya.

Advertisement

Kelantan antara negeri yang sering menjadi destinasi utama setiap kali musim perayaan. Tidak terkecuali, beberapa selebriti tempatan turut berkongsi pengalaman mereka pulang beraya ke sana, sama ada menaiki kenderaan sendiri atau memilih penerbangan.

Foto: Instagram

1.⁠ ⁠Erysha Emyra

Pelakon ini berkongsi bahawa pengalaman pulang ke Kelantan ketika kecil sangat menyeronokkan kerana gemar menaiki kereta untuk perjalanan jauh. Namun, apabila meningkat dewasa, tempoh perjalanan yang terlalu lama mula memberi kesan fizikal seperti keletihan dan sakit badan.

Malah, dia pernah melalui perjalanan sehingga lebih 20 jam. Disebabkan komitmen kerja, Erysha kini lebih kerap pulang lewat dan memilih menaiki kapal terbang berbanding bersama keluarga.

Foto: Instagram

2.⁠ ⁠Ezzanie Jasny

Ezzanie pula mengakui sudah tidak sanggup memandu pulang ke Kelantan selepas pernah terperangkap dalam kesesakan trafik sehingga hampir 18 jam. Pengalaman tersebut membuatkannya serik, dan sejak itu dia lebih selesa menggunakan penerbangan setiap kali pulang ke kampung.

Foto: Instagram

3.⁠ ⁠Nabila Razali

Berbeza dengan yang lain, Nabila melihat perjalanan jauh sebagai satu pengalaman baru yang bermakna. Dia mengakui sebelum ini tidak pernah merasai perjalanan pulang ke kampung yang jauh kerana keluarganya berada di Kuala Lumpur.

Namun selepas berkahwin dengan pasangan dari Kelantan, dia mula memahami cabaran sebenar, termasuk perjalanan yang boleh mencecah hampir sehari. Walaupun penat, dia menyifatkan suasana Aidilfitri di Kelantan jauh lebih meriah.

Foto: Instagram

4.⁠ ⁠Jay Iskandar

Sebagai anak jati Kelantan, Jay sudah biasa dengan perjalanan jauh setiap kali musim perayaan. Dia berkongsi pernah mengambil masa sekitar 13 jam untuk sampai ke kampung dengan memandu secara bergilir.

Selain perjalanan, dia turut menghargai keunikan budaya setempat termasuk loghat Kelantan yang baginya penuh mesra. Kenangan berkumpul bersama keluarga juga menjadi antara perkara paling bermakna setiap kali Aidilfitri.

Foto: Instagram

5.⁠ ⁠Aishah Azman

Aishah pula teruja untuk menyambut Aidilfitri di Kelantan tahun ini. Dalam masa sama, dia sempat bertanya kepada pengikutnya mengenai kemudahan gelanggang pickleball di negeri tersebut kerana ingin terus aktif walaupun sedang bercuti raya.

Selain nama-nama ini, terdapat juga beberapa selebriti lain yang berasal dari Kelantan seperti Neelofa, Aedy Ashraf, Amir Raja Lawak, Aprena Manrose, Atiq Azman dan Mawi.

Walaupun perjalanan ke Kelantan sering dikaitkan dengan tempoh yang panjang dan kesesakan luar biasa, suasana meriah serta peluang untuk berkumpul bersama keluarga tetap menjadi sebab utama ramai sanggup mengharunginya setiap kali Aidilfitri.

Sumber: Gempak

SINAR Muzik Retro Terbaik