Skip to main content

Advertisement

Budaya & Masyarakat

Personaliti Astro Audio Turun Padang! 2,000 Pek Bubur Lambuk Habis Diagih Di Bangi

Suasana di sekitar Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi bertukar meriah apabila Astro Audio meneruskan tradisi Ramadan mereka menerusi program Kami Care Drive-Thru Bubur Lambuk yang kembali dianjurkan tahun ini.

Program yang sudah menjadi antara inisiatif tahunan Astro Audio itu menghimpunkan penyampai radio daripada 13 stesen radio Astro Audio, sukarelawan serta rakan penaja untuk sama-sama turun padang menyantuni masyarakat setempat.

Advertisement

Lebih menarik, sebanyak 2,000 pek bubur lambuk berjaya diagihkan kepada penduduk sekitar Bangi dalam suasana penuh kemeriahan dan semangat kebersamaan.

Menurut Pengarah Astro Audio, Priya Dharshini Prabakaran, pihaknya amat bersyukur kerana program tersebut berjalan dengan lancar hasil kerjasama pelbagai pihak.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak Masjid Al Hasanah yang menyediakan kemudahan dan ruang bagi memastikan program itu dapat dilaksanakan dengan selesa serta teratur.

Priya berkata, sambutan masyarakat terhadap program tersebut sangat memberangsangkan dan membuktikan bahawa nilai kebersamaan dalam komuniti masih utuh, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Program ini turut memperlihatkan komitmen tinggi para penyampai radio Astro Audio yang bukan sekadar bersiaran di udara, malah turun padang untuk bertemu sendiri dengan pendengar setia mereka.

Dalam masa sama, acara tersebut turut mendapat sokongan YEOS selaku penaja utama, yang mengagihkan pelbagai minuman popular seperti Soya Bean dan Lemon Tea kepada orang ramai.

Menurut Priya lagi, inisiatif seperti ini bukan sekadar mengedarkan juadah berbuka puasa, sebaliknya menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan antara stesen radio, penyampai dan komuniti.

Melihat sambutan yang begitu positif, Astro Audio turut menyatakan hasrat untuk terus meneruskan program komuniti seperti ini pada masa akan datang.

SINAR Muzik Retro Terbaik