
Gambar Hiasan
Dalam keterujaan merancang percutian atau urusan kerja ke luar negara, ada satu langkah penting yang sering diabaikan oleh rakyat Malaysia iaitu mendaftar dengan sistem E-Konsular Wisma Putra.
Advertisement
Dalam situasi global yang tidak menentu ketika ini, sama ada melibatkan bencana alam, konflik, isu keselamatan atau kecemasan peribadi, pendaftaran ini boleh menjadi penyelamat. Melalui sistem E-Konsular, pihak kedutaan atau konsulat Malaysia di negara yang anda lawati dapat mengenal pasti keberadaan anda dengan lebih cepat dan menyalurkan bantuan sekiranya diperlukan.
Langkah ini bukan sekadar formaliti, sebaliknya satu bentuk perlindungan awal. Sekiranya berlaku sebarang insiden seperti kehilangan dokumen penting, kemalangan atau keperluan pemindahan kecemasan, maklumat yang telah didaftarkan membolehkan pihak berkuasa Malaysia bertindak pantas untuk menghubungi dan membantu anda.
Proses pendaftaran juga mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web rasmi:
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, mengambil langkah kecil ini boleh memberi impak besar terhadap keselamatan diri sepanjang berada di luar negara. Jangan tunggu sehingga berlaku kecemasan kerana bersedia lebih awal adalah kunci utama.
Sumber: Wisma Putra