Skip to main content

Advertisement

General

Pramugari Menangis, Risau Mati Tidak Tutup Aurat – Ustazah Asma’ Harun

Lands-P-2.png

Perkongsian Ustazah Asma' Harun mengenai kisah seorang pramugari yang menangis dan bimbang tentang pengakhiran hidup mereka sekiranya meninggal dunia dalam keadaan tidak menutup aurat.

Advertisement

Ustazah Asma' menceritakan pengalaman beliau ketika hendak keluar dari kapal terbang, dua orang pramugari datang menghampirinya dan memeluknya dengan penuh keinsafan.

Beliau berkata, ramai pramugari yang menangis dan meluahkan rasa tidak selesa dengan pakaian kerja mereka yang tidak menutup aurat. "

Ada yang benar-benar terdesak, ibu tunggal yang telah berusaha mencari pekerjaan, tetapi masih gagal. Mereka juga telah mencuba pelbagai jenis perniagaan, tetapi tidak berhasil," katanya dalam perkongsian di Facebooknya baru-baru ini.

Ustazah Asma’ seterusnya menasihati para pramugari dan pekerja yang terpaksa mengenakan pakaian yang membuka aurat agar tidak merasa reda, bangga, atau selesa dengan keadaan tersebut. Mereka perlu sentiasa merasa bersalah atas keadaan itu.

“Sentiasalah beristighfar, mohon ampun, dan bertaubat kepada Allah. Semoga Allah mengampuni kita semua,” tambahnya.

 

Sumber: Sinar Harian

SINAR Muzik Retro Terbaik