Skip to main content

Advertisement

Budaya & Masyarakat

[Video] Suami Sanggup Cari Baju Mirip ‘Uniform Hospital’ Demi Nak Sedondon Dengan Isteri Pagi Raya

Foto: Tangkap layar TikTok

Tindakan seorang lelaki yang berusaha tampil sedondon dengan isterinya walaupun berada di hospital menarik perhatian ramai dan mencetuskan gelak tawa netizen.

Advertisement

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh @Cheahjamaluddin, wanita itu memaklumkan dia sedang menunggu saat untuk bersalin. Namun begitu, suaminya tetap mahu mengekalkan kebiasaan mereka berpakaian sedondon sempena Aidilfitri.

Lebih mencuit hati, lelaki berkenaan sanggup mendapatkan baju berwarna merah jambu yang hampir menyerupai pakaian hospital yang dipakai isterinya.

“Dia buat hal. Aduhai letihlah. Dia kata masih raya kan boleh sedondon, penat gelak dari tadi,” katanya.

Perkongsian itu turut memaparkan tangkap layar pakaian yang dibeli melalui TikTok Shop dengan harga RM20.99, sekali gus menambah elemen lucu dalam situasi berkenaan.

Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan usaha spontan lelaki tersebut, malah menganggapnya sebagai satu tindakan kecil yang penuh makna.

 

@cheahjamaluddin Dia buat hal guys 😂😂😂 Adoi letihlahhhh dia kata masih raya kan boleh dondon, penat gelak dari tadi 😂🤣🤣🤣 #rayasedondon #fyp #funnymoments ♬ original sound - Cheahjamaluddin

 

 

“Bajet RM21 saja dah boleh menghiburkan isteri. Tahniah,” kata seorang pengguna.

“Benda-benda macam inilah selalunya isteri akan ingat sampai bila-bila, nampak kecil tetapi sangat berharga,” ujar netizen lain.

“Terima kasih kerana jadi suami yang baik dan bahagiakan isteri. Semoga kalian kekal bahagia sampai syurga,” tulis seorang lagi.

Ada juga yang berseloroh dengan situasi itu.

“Sekali guard tak bagi keluar,” komen seorang netizen.

“Limited wehh 1 sold dia sorang ja beli,” usik pengguna lain.

Sumber: TikTok @cheahjamaluddin

SINAR Muzik Retro Terbaik