Untuk maklumat lanjut mengenai acara-acara ini dan lain-lain acara komuniti dan gaya hidup seluruh Malaysia, sila hubungi 03- 95438888 atau lawati sinar.my.
Jika anda ada sebarang maklumbalas atau ingin menghantar maklumat acara , sila e-mel kepada kami di feedback@sinar.my.
Semua aktiviti yang disiarkan melalui Zon Aktiviti adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.
Nota: Aktiviti yang dihantar akan diluluskan oleh panel garis panduan Zon Aktiviti dalam tempoh 3 hari bekerja.
Blood Donation
KEMPEN DERMA DARAH NEW HOONG FATT AUTO SUPPLIES SDN BHD YANG KE 18 ANJURAN BERSAMA HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH KLANG (HTAR)
22-11-2026
New Hoong Fatt Auto Supplies Sdn. Bhd
09:00 AM
PERCUMA
Perhatian kepada warga Klang dan sekitarnya!
New Hoong Fatt Holdings Berhad menjemput anda menyertai Kempen Derma Darah pada Ahad, 22 November 2026, dari 9.00 pagi hingga 2.30 petang, bertempat di New Hoong Fatt Auto Supplies Sdn. Bhd., Lot 5043, Jalan Teratai, Meru, Klang, Selangor.
Satu beg darah mampu menyelamatkan sehingga tiga nyawa.
Kempen ini terbuka kepada orang awam.
Ayuh tampil menderma darah dan bantu menyelamatkan nyawa!
Untuk maklumat lanjut, hubungi Khairul di 013-587 4915 atau Aishah di 03-3377 5082.
Kesihatan
HARI DIABETES SEDUNIA 2026 NEGERI SEMBILAN
Diabetes Malaysia cawangan Negeri Sembilan dengan Kerjasama unit endokrin Hospital Tuanku Ja’afar Seremban menganjurkan Hari Diabetes Sedunia 2026 Negeri Sembilan pada 14 November 2026 bertempat di Seremban Prima Mall,Seremban,Negeri Sembilan bermula 10pagi-2petang.
aktiviti:
-Senamarobik
-pemeriksaan kesihatan percuma(tekanan darah & bacaan gula dalam darah)
-pemeriksaan mata (fundus) percuma
-khidmat nasihat (pemakanan,diabetes,ubatan,fisioterapi,jurupulih cara kerja)
-aktiviti interaktif.
-reruai pemakanan(diet),farmasi,diabetes,cara kerja,fisioterapi).
-cabutan bertuah.
*reruai,pemeriksaan kesihatan & nasihat (daripada profesional perubatan Hospital Tuanku Jaafar,Seremban.
program diadakan sempena sambutan hari diabetes sedunia & dibuat untuk memupuk kesedaran & kefahaman msyarakat terutama berkaitan penyakit diabetes.
Pesanan Khidmat Masyarakat
KitarRecycle: Kempen Drop & Go - DIVE 2.0
11-11-2026
Padang Kawad UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah
08:00 AM
free entrance
Jom meriahkan D.I.V.E. 2.0: Discover, Inspire, Volunteer, Empower pada 11 November 2026, dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang, bertempat di Padang Kawad, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah!
Dianjurkan oleh pelajar Semester 4, Diploma Teknologi Komunikasi Media Digital (MC112), Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, program ini membawakan Kempen KitaRecycle dengan kerjasama SWM Environment Negeri Melaka, bersempena sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan.
Warga UiTM serta komuniti sekitar Lendu dan Alor Gajah dijemput hadir dengan membawa barangan kitar semula seperti peralatan elektrik dan elektronik, besi, plastik serta kertas.
Penyertaan adalah PERCUMA!
Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama mengurangkan sisa, menggalakkan amalan kitar semula dan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sosial rasmi D.I.V.E. 2.0.