Sentuhan magis sifu muzik tanah air, Dato' M. Nasir, kini bergemerlapan di pentas teater berprestij. Sinar nak beri anda peluang untuk memenangi sepasang tiket percuma ke pementasan agung, Teater Muzikal Mansur dan Liu.
Diarahkan dan diterajui visi seni Dato' M. Nasir, Teater Muzikal Mansur dan Liu menghidupkan kembali lembaran sejarah epik pertemuan dua tamadun hebat dunia. Mengisahkan pertalian Sultan Mansur Shah dan puteri dari Dinasti Ming, Liu (Hang Li Po), karya ini merungkai percaturan diplomasi, kesetiaan, serta cinta rentas budaya berlatarkan era keemasan Melaka. Diperhebat dengan gubahan lagu dan skor muzik bernyawa sentuhan M. Nasir, serta barisan pelakon berkarisma, pementasan teater ini menjanjikan pengalaman visual dan audio yang memukau jiwa di Istana Budaya.
Nak menang tiket menyaksikan Teater Muzikal Mansur dan Liu, caranya jawab 1 soalan mudah dan lengkapkan slogan kreatif di bawah ini.