SINAR bawakan anda pengalaman hiburan yang lain daripada yang lain! Kali ini, kami tampil dengan peluang eksklusif untuk menyaksikan SPIDERAYA (30th Anniversary) khas buat anda yang sukakan hiburan yang menggamit memori! Bersedia untuk malam penuh dengan momen yang memang havoc! 🎤🔥
SPIDERAYA (30th Anniversary) merupakan konsert mega yang dianjurkan bagi meraikan perjalanan kumpulan rock dan ska legenda Malaysia, Spider, selama lebih tiga dekad dalam industri muzik tempatan. Konsert ini akan berlangsung pada 26 September 2026 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, bermula 8.30 malam. Empat anggota Spider iaitu Tam, Aie, Iss dan Pown bakal berkongsi pentas untuk meraikan 30 tahun perjalanan muzik mereka bersama para peminat.
Konsert ini dijangka membawa kembali nostalgia menerusi lagu-lagu popular Spider seperti “Aladin”, “Relaku Pujuk”, “Mungkinkah Terjadi” dan “Kacap Terlabik”. Spider turut merancang untuk membawakan sekitar 30 lagu, termasuk sebuah lagu yang jarang atau belum pernah dipersembahkan sebelum ini, serta segmen tribute kepada bekas anggota mereka, Tony dan Napie.
Jangan lepaskan peluang, sertai peraduan ini sekarang untuk menangi sepasang tiket ke konsert ini! Mana tahu, anda dan insan tersayang antara yang bertuah untuk jadi sebahagian daripada malam penuh gempak ini! 🎟️✨
Lokasi: Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Tarikh: 26 September 2026
Masa: 8:30pm
